KUALA LUMPUR: Pemimpin dan masyarakat dunia perlu bersama dalam mencari penyelesaian tuntas kepada isu kemanusiaan di Palestin.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, Malaysia juga mencari penyelesaian gencatan senjata secara kekal selain penyaluran segera bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Dalam lawatan ke Mesir, beliau dan delegasi Malaysia berpeluang meninjau situasi sebenar di lintasan sempadan Rafah yang menjadi satu-satunya akses koridor kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa ke Gaza termasuk bantuan kemanusiaan Malaysia di bawah Ops Ihsan.
"Lawatan itu bertujuan memantau penghantaran bantuan kemanusiaan malaysia dalam fasa kedua dalam bentuk 100,000 pek makanan asas yang sedang giat dilaksanakan di gudang Ops Ihsan di Kaherah.
"Malah, keberadaan delegasi Malaysia ini memperlihatkan kepada dunia, kesepakatan rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan dan parti politik akan pendirian dan sokongan tidak berbelah bagi dalam memperjuangkan isu Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sepanjang perjalanan ke Rafah hampir 13 jam dari Kaherah, delegasi Malaysia menyaksikan sendiri barisan hampir 3,000 trak bantuan kemanusiaan menunggu giliran di sepanjang pinggir jalan raya menuju Rafah.
Lawatan itu juga sebagai pengiktirafan kepada peranan konstruktif Mesir dalam mencari solusi perdamaian konflik Israel-Palestin serta dalam mengendalikan akses koridor kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza pada ketika ini.
Astro Awani
Sat Feb 24 2024
Mohamad berkata, Malaysia juga mencari penyelesaian gencatan senjata secara kekal selain penyaluran segera bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza - Foto/Mohamad Alamin
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Kuat kuasa undang-undang antarabangsa jika Israel tidak setuju gencatan senjata diterima Hamas – MAPIM
Mohd Azmi berkata, Israel perlu faham bahawa persetujuan Hamas memberi indikator bahawa rejim Zionis tidak boleh meneruskan operasinya.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.